MUIS Halal Hab (MHH)

logo_header

 

LATAR BELAKANG PENGURUSAN SIJIL HALAL DI SABAH

Pengurusan Persijilan Halal di Malaysia bermula pada tahun 1971 apabila Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang memenuhi kehendak syarak. Urusan ini juga berlaku di negeri ini apabila Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri meletakan seorang pegawai Hal Ehwal Islam di negeri ini untuk membantu dalam pengurusan sijil halal di samping tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.

Sebelum penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada bulan Januari 1996, urusan halal diuruskan oleh Unit Penerbitan dan Sebaran Am Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Selepas penubuhan JHEAINS, pengurusan halal ini diletakkan di bawah Unit Halal Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am, JHEAINS sehingga kini.

Penubuhan MUIS Halal Hub ini yang diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Bil. 1/2020, bertarikh 30 Jun 2020, memutuskan penubuhan Jawatankuasa Halal Sabah dan sekaligus penubuhan MUIS Halal Hub yang mempunyai tanggungjawab terhadap pengurusan Halal di negeri ini.

Pelancaran MUIS Halal Hub (MHH) telah dibuat dengan rasminya pada 1 Muharram 1443H bersamaan 10 Ogos 2021.

ucapan

W1

W2

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan MUIS HALAL HAB (MHH), sila muat turun fail berikut:

Attachment Size
Kertas Dasar Penubuhan MUIS HALAL HAB_0.pdf8.49 MB 8.49 MB