Bahagian Zakat & Fitrah

Peranan Dan Fungsi

Mengutip, mengawal selia dan mengembangkan dana zakat dan fitrah serta  mengagih-agihkannya  mengikut  tuntutan  syarak. 

Objektif

  1. Memberikan kesedaran kewajipan berzakat kepada umat islam yang layak membayar zakat;
  2. Menyediakan maklumat tentang kewajipan membayar zakat;
  3. Memperkenalkan sistem pungutan dan agihan zakat berkomputer;
  4. Meningkatkan jumlah pungutan dan bilangan pembayar zakat bagi pihak muis dari semasa ke semasa;
  5. Mengagihkan zakat kepada asnaf bagi pihak muis dengan telus dan menepati tuntutan syarak menerusi pelbagai skim agihan zakat yang memberi manfaat jangka pendek dan jangka panjang;
  6. Memperkenalkan budaya kerja korporat dalam pengurusan zakat; dan
  7. Memberi kesedaran kewajipan berzakat kepada umat islam, syarikat glc milik kerajaan dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh umat islam.