Perutusan Yang di-Pertua

Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam diucapkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

MUIS tidak ketinggalan dalam memacu dan membudayakan ICT dalam organisasi demi menyahut cabaran dan mengorak langkah dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini. Pembudayaan ICT bukan sahaja memberi manfaat kepada MUIS sendiri, akan tetapi juga kepada umat Islam khususnya di Sabah. Budaya kerja yang pantas, teknologi yang moden dan mesra pengguna serta capaian maklumat yang laju sangat-sangat membantu dalam merealisasikan visi dan misi MUIS itu sendiri.

Saya menaruh kepercayaan bahawa transformasi MUIS ke arah ICT ini akan menjadi pemacu kepada usaha mentransformasikan pengurusan hal ehwal Islam ke tahap yang lebih dinamik, responsif dan berjorientasikan prestasi dalam menjayakan misi kerajaan negeri.

Saya berharap agar laman web rasmi MUIS ini dijadikan wadah kepada warga MUIS dan pengunjung untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini mengenai aktivti MUIS dan hal ehwal agama Islam di Malaysia khususnya di Negeri Sabah.

Saya selaku Yang Di-Pertua MUIS sangat mengalu-alukan kunjungan ke laman web rasmi MUIS ini dan berharap ianya dapat memberikan manfaat kepada pengunjung disamping dapat menguatkan jalinan mesra di antara MUIS dan pengunjung.

 

“Amal Jama’ie Teras Kecemerlangan”

Sekian, terima kasih.

 

DATUK SERI PANGLIMA DR HASBULLAH BIN HAJI MOHD TAHA

YANG DI-PERTUA

MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH