Peluang Pekerjaan

No. Jawatan dan Senarai Tugas
1.

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI)

GRED : N1

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF PERKHIDMATAN : SAMBILAN

KEKOSONGAN : SATU (1)

JADUAL GAJI : RM 80.00 (SEHARI) 

SYARAT LANTIKAN :

 

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

(a) warganegara Malaysia; (

 

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;

 

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; (

 

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

 

(v) Keutamaan diberikan kepada calon yang berasal / menetap di Daerah Keningau;

 

(vi) Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

CARA MEMOHON

 

Permohonan jawatan hendaklah menyertakan dokumen seperti berikut :

• surat permohonan jawatan

• maklumat peribadi beserta dengan gambar berukuran passport

• kelulusan dan pengalaman bekerja (jika ada)

• sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan.

 

Permohonan yang telah diisi lengkap hendaklah diajukan ke alamat:-

 

Setiausaha

Majlis Ugama Islam Sabah

Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS

88100 KOTA KINABALU

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada: 06 Disember 2024

Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui telefon untuk proses temuduga

Closing