MUIS Halal Hab (MHH)

MUIS Halal HubMUIS AKAN TUBUH HAB HALAL SABAH – ARIFFIN

December 30, 2020

Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan menubuhkan hab-halal di Sabah bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat berkaitan produk-produk halal.

Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, bagaimanapun perkara ini masih diperincikan dan akan dilancarkan pada Januari 2021.

Katanya, hab halal ini dilaksana bagi menjadi pemudah cara dalam hal-hal halal, memberi taklimat tentang kesedaran produk halal dan ia akan menjadi peneraju kepada industri halal di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu berkaitan kartel daging, di sini hari ini.

Mohd Ariffin berkata, pelancaran hab halal ini akan dilakukan di Kota Kinabalu. Penubuhan hab ini akan dilaksana dengan bantuan jabatan-jabatan berkaitan.

Buat masa ini, industri halal di Sabah dikendalikan Majlis Jawatankuasa Bahan Makanan Gunaan Islam (MGI) dan MGI akan dikembangkan sebagai salah satu rakan kerjasama dalam hab halal ini.

 

Sumber: Borneo Today https://www.borneotoday.net/muis-akan-tubuh-hab-halal-sabah-ariffin/