PEMANTAUAN ASNAF DI DAERAH KENINGAU

PETIKAN CATATAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA MUIS:

Pagi tadi bersama Zakat MUIS Keningau melakukan pemantauan dan menyerahkan Bakul Makanan Asnaf di beberapa kampung sekitar Keningau.

Terima kasih dan Tahniah kepada pegawai-pegawai Zakat yang tanpa mengira masa melaksanakan kerja-kerja pemantauan yang berterusan bagi memastikan bantuan zakat sampai kepada asnaf.

Turut hadir AF Ustaz Yamin Karinong yang mewakili YB Datuk Annuar Datuk Ayub @ Banan yang kebetulan meziarahi mangsa banjir di tempat lain.

Kami Zakat MUIS hanya menyampaikan amanah dan berkatnya buat hidup mereka yang selama ini mengeluarkan zakat.

Kita pula terus berusaha dan berdoa' agar Allah murahkan rezqi untuk nanti sama mengeluarkan atau menunaikan kewajipan zakat.

Amin...

"Membenih Zakat, Meraih Berkat"

GALERI : https://muis.sabah.gov.my/album/pemantauan-asnaf-di-daerah-keningau